~My Life Story~

Wednesday 3 July 2013

Peduli Orang Kata, Asal Pakai Selesa


Buat apa dicerita,
Peduli orang kata, 
Baju ronyok tak apa, 
Asal pakai selesa.
lalalala~

Hye semua rakyat jelata ^__^

Amik mood ainan tasnem ber150juta kejap!!..hihi.. Boleh la nak nyanyi nyanyi dulu, jamgan menari sudah~

"Peduli je orang nak cakap apa, asalkan kita pakai selesa", lirik dalam lagu..
"Peduli je orang nak cakap apa pun, asalkan kita pakai selesa dan menutup aurat", said me..=)

Kata-kata tula yang selalu aku pegang.. Bia la wehh kita nak pakai baju tang macam mana pun, baju berkedut seribu ke, pakai tudung tak gosok ke, baju senget ke, baju besar ke sampai menggelebeh! Asalkan kita pakai tu kita akan rasa selesa dan selamat..=)

"Ehh, ko ni dah kenapa pakai baju warna merah, seluar kuning, tudung biru?"

Jawab cenggini ye, 

"Ohh ni style!.. Ni la colour block.. Okay je kan?.. Tak terdedah kat mana-mana pun kan?.. Tutup aurat je kan pakaian aku cenggini?"..

Hah amik ko!..kena sebijik!.. Satu jawapan yang manis lagi berlemak dengan isi tersirat dan tersurat!! 
Jawab soalan die dengan soalan juga, konfem tertutup rapat mulut die lepas tu..

Aku juga jenis orang yang suka  pakai ikut sesuka hati je apa aku nak pakai, bia la tak match pun, asalkan aku rasa pakaian aku tu tutup apa yang aku patut tutup and aku selesa memakainya.. Ni tak bila pakai tu,

  "ehh aku rasa cam baju ni tak kena la ngan aku, rasa cam menonjol sangat, rasa ketat sangat"
Haa kan dah susah tu, sanggup patah balik ke kat bilik semata-mata nak tukar baju??.. Kalau aku memang tak lah kot..hihi..

So, the moral of the story.....

Pakai aja apa yang kita rasa selesa, apa yang kita rasa selamat dari pandangan liar dan jahat, and yang paling penting pakailah pakaian yang menutup aurat.. Biarlah orang nak cakap apa pun, sebab mulut orang sememangnya kita tak boleh tutup, tapi kita punya AURAT kita boleh tutup kan?..
Mana lagi penting? Mulut orang atau aurat kita?  Lu pikir la sendiri.. Check it out!.. 
Peace!!*tayang gigi*..hihihi..bye bye adudu nak tido dulu. ~zzz~


Sincerely,
Yana =)


     P/s: Jaga diri, Jaga hati, dan Jagalah iman anda!... I lOVE to be a MUSLIM!..:)

Soccer Kids...=)

Assalamualaikum semua..

Aishhh usang sungguh blog cik yana ni, hajat yang menggunung untuk selalu update blog waktu cutiku yang sangat panjang ni terasa berkubur begitu sahaja..hihihi...Yela mana tak nya, asal nak ngadap lappy je, mesti ade je nak buat benda lain...hehehe..

So here we go to the main title, SOCCER KIDS!!! ooo yeahhh!


Ini dia adik aku kesayangan kecintaan aku, mana tak sayang dah sorang ni jela anak lelaki yang keluarga kami ada... And he is Milo Ais Lovers!.. Cewaahh gitu!.. =)


Actually, next two weeks kot, adik bongsu kecintaan dan kesayangan aku ni di invite untuk masuk pertandingan bola sepak.. 
Pertandingan ini dianjurkan oleh ketua taman a.k.a pemain bola sepak yang handal juga..=)

Geng bas sekolah..=)

hahh, bukan main bergaya lagi pengadil nih a.k.a ketua taman ni..=)

 Get ready to fight bebeh!!...=)


Semangat sengsorang berlari kejar bola..kihkih..


Berehat sebentar bersama tali kasut yang tercabut!... *iklan kitkat*



Sambung main balik..=)

No caption for this picture!.. tapi lucu bila tengok semua orang tangan dia cam nak berjoget!..hikhik!


Adik aku ni sememangnya sangat minat bermain bola!!.. Mana tak nya kalau ayah aku suruh keluar main pukul 6, pukul 4 dah keluar mainnn weehhhh!!.. Mana tak hitam adik aku tu kalau pukul 4 dah keluar! *budak tu sangat degil*.. Kalau ajak dia pergi mana-mana waktu petang, confirm dia tak nak ikut sebab bagi dia waktu main bola sepak tu sangat berharga!!.. Adik adik...hihi..

Minatnya yang mendalam tu mungkin membuat dia menjadi seorang player yang hebat?? Mungkin? Sebab kalau aku lepak-lepak kat taman rumah aku tu, mesti kawan-kawan die duk cakap 

"Owoohhh faris katang mari doh" haaa tu bahasa terengganu punya dialek tau.. Anda paham? kihkih.. Maksudnya "haa faris yang kuat tu dah datang".. hihihi.. 

Sampai kan masa aku pergi beli jambu kat kdai tu, mak cik tu ckp 
"Faris adik awak tu pandai sungguh main bola sepak, kalo ye sepak mesti laju sokmo"
 Bangga jap aku!!  Ishhh tak baik riak!!!...Tapi tula betol ke orang duk cakap-cakap ni?...

So, hari tu dengan semangatnya aku pergi menyaksikan perlawanan bola sepak bebudak tu semata-mata nak tengok sejauh mana kehebatan adik aku tu..kihkih..


Amik ko punya la semangat sampaikan aku main sahut je tudung yang ada!.. 
Tengok seluar ape adik aku pakai tu!.. Seluar tido okay?. hah nampak tak semangat tak semangat..kihkih..
And payung itu sememangnya wajib!!..Burn la muka iolls nanti kalo takde payung rainbow ni..toink toink!


Turut hadir, my older sister, kak long!!.. She's pregnant okay, but willingly datang semata-mata nak tgk adik die main..Comel je!..Nanti baby tu pun tendang-tendang perut ibu sambil cakap 
"Ibu, baby nak main boleh?"..=)


First time aku tengok tu, aku cakap "okay, not bad budak ni".. kihkih..
Wahhhhh bila dah tak sampai 5 minit pun main, budak ni dah sumbat satu gol yang sangat hebat! Mana tak nya sumbat gol dengan gaya sliding nya sebegitu..Ternganga jugak la aku masa tu..kihkih..



Basikal scramp pun boleh!!!!...lucu weh tengok basikal ni!!...rock habis!!..=)


Lepas main punya main, last-last team adik aku tu boleh masuk final!!!... Yuhuu berbaloi jugak aku pergi tengok kan?.. Semangat tau aku bagi semangat dan sokongan..Lucu pulak bila ingat balik..hehehehe..


Before final match!.. 1 team 3 orang je.. lucu kan?..3 org je padan la dengan gol yang kecik tuekk tu..kiut je!..hehe..


Bukti gol tu kecik!!...kecik sangat weh!!.. kiut molek!. kiut miut seperti bebudak ni la..=)



Penalty time!!!.. Rasa-rasa masuk gol tak tu?..hihi.. Aku pun tak ingat..hihi



Kecik-kecik cili padi..=)


The winner is the PERAK team!!..yeaahhh!


Semangat dapat hadiah.=)


Hadiah berupakan barangan..=)


And finally, team dia menang...Alhamdulillah.. Bukan main seronok lagi adik aku waktu tu... Siap lari-lari cam kanak-kanak ribena lagi dengan rakan-rakan ribena die tu..kueng kueng kueng...

Yeahhhh! WE ARE THE CHAMPION!..

Sekian sahaja untuk entry pada kali ini..Thanks for reading..=)

     P/s: Jaga diri, Jaga hati, dan Jagalah iman anda!... I lOVE to be a MUSLIM!..:)