~My Life Story~

Thursday 31 January 2013

Tuesday 29 January 2013

Setengah Hari Bersama Minah-Minah Comel


Assalamualaikun semua!!!..

YaAllah rindu nya rase kat blog ni!!!.. Lame dah kan tuan blog ni tak bercerita and tak sweet sour talk ngan ko kan?.. Olololo tiannye die!!..hahaha... Biase la awal-awal sem sibuk la sikit... Plus wifi kat cfs cam kureng bagi semangat je kat aku untuk online...hehehe..

Anyway, in the day of Maulidur Rasul aku, mira dan wani pegi keluar jenjalan... Pegy mid je pun, yela kan lame dah tak jumpa, bile jumpa hah amik ko belambak gambo yang kiteorang amik!!...


Mira (rumet and ex-classmet), Aku, Wani (classmet for 3 sem)


Amacam teliur tak tengok makanan-makanan yang enak ni semua??... Yang dalam claypot-claypot tu yang minah tu 2 org, yang dalam plate tu aku punye.. Minah 2 orang tu memang suke sangat makan "kelepot-kelepot" a.k.a "claypot" ni..hahaha..Nampak tak sampai claypot pown jadi kelepot??..*apabila minah-minah ni terlalu obsess dengan makanan dalam claypot sampai jadi kelepot*..hahaha..


Anyway, just nak inform jela kan pada sesiapa yang tak pegi lagi kat mid valley.. Food junction kat mid dah siap renovate!!!.. Korang pegi lah, dah cantik daa tempat bahagian atas tu.. Banyak kedai-kedai baru dibuka..*ceh, ayat promote mid*..hehehe


Minah "kelepot" number 1..=p


Minah "kelepot" number 2..=p


Minah "plate" non-number..=p


We love food juction..<3


Minah-minah "kelepot"...=p


Sesudah makan, pegi la teman minah ni pegi beli wafer!!..hahaha.. 
"Mira, kesian ko wafer dah jadi lembik"..hahaha.. Sabo ye sayang!..


Salam Maulidur Rasul...Semoga hidup kita sentiasa diberkati.. Amin..=)


"Saya budak baik + cute"..hehehe..



Muka riang ria boleh tgk wayang!!..hehehehe..



 "Weh perlulah korang buat mulut ternganga macam tu?"..hahaha...


 Ala dah gelap dah!!.. Lampu ditutup menandakan movie ingin bermula.. Baru bermula tau, belom start lagi!!...hahaha.. Anyway,kiteorang tengok cerita "HANSEL AND GRETEL (WITCH HUNTER)"...


Weh best giler cite ni, tak rugi bayar mahal!!!..hahaha.. Mula-mula nak tengok cite "MAMA" cite hantu kot!!...  Taknak aku!!.. Aku bukan penakut, tapi aku takut aku terjerit dalam cinema tu, mahu terkrjut orang lain mendengornye..hahaha.. 

Nasib baik cite MAMA tu takde, kalau tak awal-awal lagi aku pesan kat wani ngan mira,
"weh, aku nak duk tengah tau, aku takut"..*sambil buat muka sedih*.. hahaha..
Dorang pun jawab "Okay, kami faham"... *sambil gelakkan aku*.. Jahat!




Okay, menggila selepas tengok wayang!!..hehehe..Anyway, ni la ruang baru yang di renovate kan tu.. Cantik kan?...


Tengok muka mira hepy giler sebab dapat bergambar kat tempat ni..=p


Well, i'm so cute... So what huh??..hehehe



Okay, corak baju aku nak same ngan lampu-lampu yang comel duk hanging-hanging tu!!!...=p



Kami kanak-kanak ribena berusia 2 tahun..ahakss!..=p




=)


Boleh jugak kan gambar bertiga..=)

Shining there!


Brightness there!

Happiness there!


Please connect us bcoz we're so far!!!..=)



Lastly, merangkak mencari jalan untuk pulang ke cfs tercinta!!.. oooo yeahhh!


Sempat lagi erh korang bace buku "e-pop" tu!!.. Tak perlu okay!!..hahha..



Muka dah habis penat tu!..Kaki oden pun dah ponat ni!!..=p

Okay la semua, saya mahu sleep sleep dulu..Thanks for reading this entry!..
Much love,
Yana..

Sekian, wassalam..


P/s: Jaga diri, Jaga hati, dan Jagalah iman anda!... I lOVE to be a MUSLIM!..:)

Thursday 17 January 2013

~Cecite Cecakit Gigi~


Assalamualaikum semua..


Ola-ola oli!!..hehehe.. Hye semua??... Apa khabar anda-anda sekalian?... Moga-moga semua nya dalam keadaan sihat sejahtera *Cis, ayat aku cam nak buat karangan tak formal je kan?*..hehehehe..

Haa ni aku nak cite pasal sorang budak yg sangat la bajet tough tapi sebenarnye manje giler!..kalah aku!!..nak tau sape?..


She's my first sis after me!... Budak ni umur die dah 18 tahun, tapi manje die macam budak 5 tahun!!..hahaha... Aku rapat jugak la ngan budak ni sebab jarak umur dekat je!..2 taun je!..=p



Haa kan aku dah cakap manje!!.. Ni baru je lepas kena cucuk sekali ngn doktor gigi, dah nanges!!..hahaha..Aku yang tengok ni nak tergolek suke!.. Kejam kan ade kakak cam aku ni?..kih3!!..



Ni laa budak yang paling takut nak cabut gigi!!..Actually, minah ni ade sejarah silam die sebab tu die macam fobia je nak cabut gigi.. Nak tau sejarah die tu?..haha..


Dulu kan seingat aku mase umur die 6 tahun kot, ehh ke 5 tahun, tak ingat la.. Mase tu die sakit gigi.. Then, parents aku pun bawak la die ke klinik swasta, yela orang cakap kalau cabut kat klinik kerajaan sakit!!..hahaha.. Padahal same je!.. Well, biase la budak manje!!..haha.. 


Korang nak tau tak brape kali doktor tu cucuk kat gigi die?.. 10 KALI bebb!!...10 weh!!!.. Kalau aku mmg sah sah aku pengsan!!..hahaha.. Dah la mase tu budak lagi, mahu meraung die melalak depan klinik tu!!..hhehe.. Aku tak tau la kenapa doktor tu jadi cam tak brape nak waras je?.. Kalau fikir logik, takkan la gigi budak berumur 6 tahun, keras giler cam batu sampai nak kne cucuk 10 kali?.. Tak kan la nak bius sampai 10 kali?...perrrggghhh seriauu aku dgr!!!..


Well, sebab tu la die jadi fobia sampai la skrg!..  Ni die pegi ni pun sebab tak tahan sangat sakit!!..
Kalau korang nak tahu, SAKIT GIGI ADALAH SAKIT KEDUA PALING SAKIT SELEPAS BERSALIN!!..*bagi perempuan la*..Wehhhh, sakit weh sakit gigi!!!... eee tak leh nak buat keje ape pun, kalau sakit gigi, konfem sakit kepale, dah la berdenyut-denyut..dugaan-dugaan!!!..



Haa tengok tudung die tu!!.. Dari lipat comel-comel terus dah tak nak lipat!!. Kalau nak tengok muke die time tak lawa, tengok la time die menahan kesakitan!!.. Mau mengamuk budak ni kalau tahan sakit!!..
Haishhh dila dila!!.. Ko ni mmg Si Butang Penakut la!!..=p



Haa selamat pun cabut gigi!!...cabut gigi sekejap je pun tapi sakitnye, aduiii lame wehh!!..
Tengok mata dah tak nak terbuka mane dahtu tahan sakit!!..kih kih kih!!



eeeeee yerrkkkk!!!!....Punya la banyak darah die keluar, sampai tak cukup kapas doktor bagi!!..hahaha..

 NOTE!!!

Lain kali kalau korang pegi cabut gigi, korang jangan segan-segan ye nak mintak kapas lebih, mintak je, doktor tu tak marah nye!..Sebab kalau bleeding tak henti-henti, susah tau kita nak cari kapas camni, takkan nak gune tisu?...Tisu tak kuat untuk kita gigit die lame-lame... Mintak lebih tau jangan segan-segan.. Then, lepas tu korang minum la air yang sejuk, yang ade ais, jangan minum air panas, nanti bleeding tek henti..kalau ais, die bleh clot kan blood kite, dalam erti kata lain die boleh hentikan darah keluar la..okay, get it?.. Try it!..=p


Haa lagi satu, kalau korang pegi cabut gigi, korang boleh and ada hak nak tengok gigi korang tu.. Kebiasaannya doktor tu akan tunjuk gigi kita tu, die mesti cakap, "adik comel, tengok la gigi awak ni, eee beruk dah ni, lain kali jangan makan aiskrim banyak-banyak ye?"..hehe..*okay, aku gurau je*..=p
Tapi ada jugak doktor yang tak tunjuk gigi kita tu kat kita, die terus buang!!... So, remember mintak kat doktor tu untuk tengok gigi kita tu... Dah buat ape pulak kan kita nak tengok gigi kita?.. Ehhh of course la we need to look up our own teeth!.. Yela tengok la, kuning ke, putih bersinar ke, buruk ke, banyak daki ke!!..hahaha..daki??...ade ke kat gigi?..hehehe..


Okay la uolls setakat di sini sahaja entry kali ni.. sejak due menjak ni, aku sememangnya busy sikit, nak tau aku buat ape?..hahaha.. Mesti la duk packing-packing barang, semangat kembali ke cfs!!..ooo yeah!!..
 So, the moral of the story, jangan makan coklat banyak-banyak ye, nanti buruk gigi tau!!..=p
Okay la, bye-bye semua..


Sekian, wassalam..

P/s: Jaga diri, Jaga hati, dan Jagalah iman anda!... I lOVE to be a MUSLIM!..:)

Monday 14 January 2013

~14 Sifat Calon Isteri yang Baik~


Assalamualaikum semua muslimin dan muslimat seluruh dunia..=)


Actually entry kali ini adalah untuk dijadikan pair kepada entry sebelum ni.. Lagipun ade mamat-mamat yang tak sabar nak kawin mintak buat entry ni..hehehe..*gurau je*..
Well, meh nak penuhi hasrat-hasrat anda sekalian..=p


Lelaki mana yang cakap die nak perempuan jahat untuk dijadikan isteri??...
Cepat angkat tangan??... Boleh je nak cari perempuan jahat untuk jadikan isteri tapi biarlah niat anda adalah untuk membentuk isteri itu ke arah yang lebih baik.. Didiklah dia untuk menjadi seorang wanita yang solehah.. Hati perempuan keras macam mana pun, kalau dah sayang dia mesti patuh pada suami nya.. Tapi kalau dah mase kapel pun, dah keras kepala susah nak dilembutkan, tak payah la buat calon bini!!... Merana ko nanti!..hehe.. 


Sesungguhnya Allah telah kurniakan jodoh untuk kita untuk kita sama-sama membentuk sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni dan hidup berlandaskan Al-quran dan Sunnah.. =)


Okay tak nak membebel banyak-banyak da...hehe.. Sila la ye bace ciri-ciri di bawah..=)



14 SIFAT CALON ISTERI YANG BAIK


Berpegang Kepada Agama 

Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.



Pandai Menjaga Kecantikan

Tak semestinya perempuan itu mesti tampil dengan cantik dan bergaya, tetapi menjaga kecantikan itu bermakna perempuan tersebut tahu bagaimana cara untuk menjaga dan merawat dirinya sendiri. 
Jika anda sedang berbual dengannya face-to-face, perhatilah "make-up" yang dia pakai.. Adakah ia terlalu overtampal ataupun sekadar untuk melindungi kulitnya dari UV.. 
Cewah ayat aku, boleh buat iklan "olay" ni!!..haha.. 
Dan adakah "make-up" yang dipakai sangat berlebihan sehingga menarik perhatian orang sekeliling anda?... Biarlah die cantik kerana "natural beauty" nya sendiri, tak perlu nak over-over "make-up"... Menjaga kecantikan juga bermaksud menjaga penampilan secukupnya dan sewajarnya mengikut masa dan tempat yang sesuai.. =)



Kecantikan Dalaman 

Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS. Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.



Tidak Cerewet 

Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil. Tapi kalau sekadar dia komen benda-benda yang patut, itu bukan cerewet, itu mungkin satu teguran.. Kadang-kandang perempuan ni perlukan perhatian..=)



Memahami Lelaki 

Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.. Dan jangan terlalu mendesak dan memaksa dalam segala hal..
Cuba untuk fahami hatinya.. =)



Dewasa dan Bijaksana

Lelaki sememangnya suka jika perempuan idamannya mempunyai sifat-sifat ini. Dewasa tu bermaksud berfikiran matang.  Di saat kesusahan, lelaki sememangnya memerlukan seorang wanita yang dewasa dan bijaksana dalam mengambil keputusan. =)



Sejuk Mata Memandang 

Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki.



Manja 

Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang. And take note ye kaum-kaum hawa sekalian, lelaki boleh tahu tau kita ni manja tulen or manje buat-buat.. So, just be yourself okay?..=)



Keibuan

Perempuan ni kan kalau dia suka dan senang dengan kanak-kanak, boleh menggendong baby, menunggu baby tidur dan sebagainya lah. Inilah tanda-tanda dari wanita tersebut yang kamu boleh bayangkan saat mereka menjadi isteri kamu. Dia akan menjadi seorang ibu yang sangat penyayang dan pandai menguruskan rumah tangga dan anak-anak.. So, check it out!.. ^_^



Berakhlak Mulia 

Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.



Tidak Terlalu Cemburu

Haahhh yang ni memang sifat yang tak boleh dielak lagi samaada pada lelaki mahupun perempuan.. Kan?.. Tipu kalau cakap tak!!..hehe.. Well, orang cakap cemburu tanda nya sayang.. 
Yes, memang!..Tapi dah kalau over cemburu, maka berlaku lah perang dunia yang ke brape entah.. Wahai kaum hawa, just rileks and cool okay?.. Dont be too jealousy okay?..Kalau kita tahu dia sayang kat kita, kita kena percaya kat dia, tak perlu nak jeles banyak-banyak, jeles sikit-sikit je erh?..=p.. 
Tapi jangan mudah percaya pada lelaki kalau die belum sah menjadi suami kita..note that!



Tidak Mempamer Aurat atau Keseksian 

 Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.



Penyabar

Okay, contohnya kamu terlambat 15 minit untuk lunch sama-sama, dan di saat kamu datang gadis itu tenang je, tak marah pun walaupun menunggu dalam kelaparan. Kenapa sabar tu ciri-ciri baik?.. Cuba fikir kalau korang bergaduh or korang dalam situasi apa saja yang berbau negatif, kesabaran itu akan membantu suasana itu agar tidak menjadi lebih buruk. Cuba bayangkan jugak kalau kamu bercakap dengan gadis yang tidak sabar, sikit-skit nak marah, sikt-sikit nak mengamuk, perbualan yang seharusnya senang akan menjadi lagi rumit..=)



Sentiasa Memaniskan Muka

Hati lelaki mane tak cair kan kalau tengok gadis yang sentiasa senyum?.. Senyuman yang ikhlas bermaksud gadis tersebut senyum dengan ikhlas bukan di paksa-paksa. Kamu boleh perhatikan cara gadis tersebut bercakap dengan rakan-rakan mereka, mahupun orang sekelilingnya, kalau si gadis sentiasa memaniskan muka ketika berbual, bermakna die sememangnya ikhlas dengan semua orang bukan sahaja dengan kamu.. Check it out!.. ^_^



Haaa amacam??..hehe.. Mentang-mentang aku ni perempuan banyak je kan sifat-sifat yang aku tulis kan?.. Yang entry calon suami 10 je..hehehe.. Well aku kan perempuan, nak jugak kan tau ape ciri-ciri isteri yang baik.. Antara cita-cita aku pun nak jadi seorang isteri yang mithali dan solehah!!.. cewaahh!...^__^


Soalan kepada anda:

Kaum hawa:

Macam mane?..Ade tak dalam banyak-banyak sifat tu terkena batang hidung korang?..elelele malu nak ngaku erh?..hehe.. Aku konfem mesti ade even satu kan?.. So, gud lark ye korang, cuba lah untuk menjadi seorang wanita yang mempunyai sifat-sifat seperti dinyatakan di atas, InsyaAllah kita akan jumpa jodoh yang baik dan soleh.. Amin Amin Amin..=)


Kaum Adam:

Amacam?..hehhe..best ke bace?.. Konfem yang ade awek tu mesti duk fikir "ehh, die ade la sifat ni", "alahh, die takde la ciri-ciri camni, aduii", "alhamdulillah inilah sifat-sifat yang dimilikinya", "hmmm, insyaAllah aku akan bimbing dan ubah die untuk menjadi insan yang lebih baik".. 
Haaa mesti ade kan ayat-ayat ni terkeluar dalam benak fikiran korang kan?.. Tipu kalo xde!!.
 And pada sape-sape yang bace entry ni takde perasaan, maksudnya die takde teman istimewa la tu..=p


Okay la setakat ini sahaja untuk kali ini.. Semoga entry kali ini dapat memberi manfaat kepada semua.. InsyaAllah..=)

Sekian, wassalam..


P/s: Jaga diri, Jaga hati, dan Jagalah iman anda!... I lOVE to be a MUSLIM!..:)

Wednesday 9 January 2013

~10 Sifat Calon Suami Yang Baik~


Assalamualaikum semua muslimin dan muslimat sekalian..=)


Hakikatnya, zaman sekarang nie memang susah nak cari calon suami yang baik atau yang menjadi idaman... Cari kekasih memang senang... Tetapi yang memiliki ciri-ciri idaman bukan senang untuk dicari... Mempunyai jodoh dengan seorang lelaki yang baik adalah idaman setiap wanita...


Sape kat sini rase nak kawin??.. Haaahh cepat tundukkan muka anda!!..haha.. 
*okay aku tunduk*..=p
Amboi gatal nye aku?..haha.. Gurau je!!.. Aku 10 tahun lagi kot kawin.. peace yoo!..=p


Haa sape nak tahu sifat-sifat yg perlu ade untuk cari calon suami??...  Ni la artikel yg aku bace tadi, meh nak share ngn korang ye.. Credit to kaum hawa tau!!... Bace leklok erhh, bukak mata luas-luas okay??... Mata je bukak luas, tapi mulut jgn ternganga pulak erk?... =p


Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini. Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini okay?...=)



10 SIFAT CALON SUAMI YANG BAIK


  • Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.


  • Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur.


  • Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.


  • Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.


  • Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.


  • Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.


  • Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.


  • Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.


  • Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.


  • Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.



Haaa soalan pertama lepas korang baca sifat-sifat ni ?


Kaum Hawa : 
Korang dah terbayang ke wajah sape-sape dalam fikiran kamu yang mempunyai ciri-ciri ini? Adakah si dia memenuhi segala ciri-ciri tersebut??.. Hanya anda yang mampu menilainya.. =)


Kaum Adam : 
Dalam banyak-banyak ciri ni ade tak korang rase kena kat batang hidung sendiri?.. Kalau ade Alhamdulillah laa... So, good luck erhh??.. Jadilah seorang lelaki yang mempunyai ciri-ciri di atas.. Sesungguhnya perempuan yang kamu cintai tu konfem takkan pandang lelaki lain da.. ^_^


Note : Untuk mendapat suami yang baik, kita juga hendaklah mengubah dan memperbaiki diri kita ke arah yang lebih baik.. InsyaAllah Allah akan pertemukan jodoh kita dengan lelaki yang soleh..=)


Sekian, wassalam...


P/s: Jaga diri, Jaga hati, dan Jagalah iman anda!... I lOVE to be a MUSLIM!..:)


Saturday 5 January 2013

Aku Redha

Assalamualaikum..


Aku sedih,
Aku kecewa,
Aku ingin menangis,
Aku rasa lemah,
Aku kesal,
Aku lalai,
Aku tidak serius,
Aku hanya main-main.
Akhirnya aku gagal..
Gagal untuk puaskan hati sendiri,
Gagal untuk puaskan hati semua orang...


Tapi aku seorang insan yg tidak mudah berputus asa,
Sekali aku gagal tidak bermakna aku gagal selamanya,
Selagi hayat ku masih di sini,
Akan ku perjuangkan sehabis mungkin..
Aku takkan mengaku kalah!
Aku akan terus bersemangat!
Aku perlu gigih dan berusaha!


Yaaa memang aku perlukan insan-insan yg aku sayang di saat aku lemah dan jatuh..
Tapi kali ini biarlah kesedihan dan kegagalan ini dikongsi hanya dengan Allah SWT..
Allah Yang Maha Mengetahui Segala-galanya...

Sesungguhnya kegagalan ini akan ku pendam seorang diri..
Hanya Allah yang tahu segala-galanya..


Dan aku tahu Allah sedang menguji aku..
Aku bersyukur kerana Allah memberikan aku dugaan..
Aku bersyukur kerana Allah memberikan aku kesedaran..
Aku bersyukur kerana Allah menguji kesabaran dan ketabahanku..
Aku juga redha dengan kegagalan ini..
Sesungguhnya ini adalah dugaan dan ujian dari Allah SWT kepadaku..
Aku redha dan aku pasrah..
Aku tidak mahu terus bersedih, malah aku mahu terus berjuang!..
Sesungguhnya setiap dugaan ada rahmatnya..
Setiap dugaan juga ada hikmahnya..
Dan di setiap kesabaran ada ganjarannya dari sisi Alllah SWT..


YaAllah sesunggguhnya aku insan mu yang lemah..
Sesungguhnya kegagalan yg kau berikan kepada ku ini membuat aku sedar..
Aku lah hambaMu yang lemah YaAllah..
Sesungguhnya aku redha YaAllah..
Kau berikanlah aku kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi dugaan yang Kau berikan ini...
Sesungguhnya Engkau lah Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Hanya padaMu hambamu ini memohon dan meminta YaAllah..

Amin Amin Ya Rabbal Alamin...


Childhood >>>>> Adulthood..


Assalamualaikum semua..


"Hai saya yana, umur 4 tahun, tinggal di rumah mak dan ayah, hobi saya main guli, cita-cita nak jadi doktor"...hahahhaha.. Okay inilah statement aku di waktu kecik-kecik dulu, mase cikgu suh perkenalkan diri, ni la ayat yg aku bagi...Amacam?... Bijak tak sy cikgu?...ngeeee...


Actually kan aku nak cite kat korang yang aku ni walaupun umur dah 20, *eh 20 erh??..okay dah besor rupenye...ngee* tapi macam umur budak 5 tahun.... Nak tau tak kenapa??...


Haaaa sebab benda ni la buat usia aku masih berada dlm lingkungan 5 tahun.. Comel kan budak umur 20 tahun makan lagi makanan budak-budak 5 tahun?...hehehe.. Well, itulah aku... Aku memang SANGAT SANGAT SANGAT SANGAT suka makan benda alah ni... Ape tu?... Aku suka panggil NYAM NYAM!!!... Tgk name pun dah nyam nyam kan of course la kalau lepas mkn tu mulut kita mesti sebut "ummmmmmm nyammmm nyaaaammmm!..yummmmyyy!"...=p


Real name die NYAM NYAM RICE CRISPY!!..hahaha.. Aku tak tau la umur brape aku baru stop makan mende ni, maybe mase aku dah ade anak nanti pun, aku join skali makan ngan anak-anak aku???....alalalala tomel nye!!!...*okay muntah jap*..


Haaa korang mesti nak tau kan step-step makan nyam nyam ngn penuh nikmat??... Haaa meh meh adik yana yg omel ni nak tunjuk!!..ngeeeee..




Okay, mula2 celup batang tiger nyam nyam yg cute tu kat dlm coklat die tu!..




Then, celup sebanyak yg mungkin tau!!..
Baru la rase uuurrrrmmmmmppphhhhh!..=p


Next, celup kat dlam crispy rice yang riang-ria berwarna-warni tu...hehe..
 Colourful gitu!..ahakss!



Haaa tadaaa inilah hasil celupan aku yang betol-betol kaw!!!
Sampai ke hujung batang tu aku celup!!..=p



Ehhhh ehhhh muka adik yana yg mata bulat menunjukkan die tak sabar nak mkn ni!!!



Okay mata dah tak berapa bulat sbb nyam nyam dah smpai ke hujung bibir!!..kah3!



Haaaahhhhh ngaaaaapppp!!!.. Terus mata jadi bulat bile hampir hujung batang aku ngaaappp!!!...
Uuuuhhhh mmg nikmat!!... Kriukkkk kriuukkk gitu!!... ^_^


Kalau korang nak tahu, setiap kali aku pegy pasar ke, pegi mane-mane jela, konfem aku akan cari benda ni!!!..CONFIRM taw, bukan ragu-ragu lagi!!..haha.. Kalau korang nak tau, mak cik ngn pak cik kat pasar paka ni dah cukup kenal ngn aku sebab hari-hari aku beli nyam nyam kat kedai dorang!!!..hueheue... 
And kalau aku pergi beli mesti mak cik or pak cik yang jual tu cakap 
"awak makan lagi ke benda ni??".. 
Lantas tanpa perlu aku jawab ayahku dulu yang tolong jawab 
"die mmg camni, cam budok-budok je".. *okay malu jap aku time tu*.. 
Arrrggghhh aku tak kisah budak-budak ke ape ke, aku tetap suka makan nyam nyam ni!!!....hahaha



 Inilah dua org insan yang selalu layan kerenah aku yg mcm budak-budak ni tanpa mengira penat dan lelah!!...mereka juga lah insan yg sudi membeli dan mengulurkan duit sebanyak RM 1.40 hanya untuk membeli nyam nyam aku tu..hahaha.. Thanks a lot mum and dad!!!.. Nah kiss dari anakmu yg comel ni, *muahh!*.. =p


Woooohhhhooo muka budak gangster yang dah puas meng "ngaaapppp" nyam nyam dengan rakusnya!!!..kah3..


Waaahhhhh banyak nye nyam nyam!!.. Ayah aku cakap die nak beli satu dozen nyam nyam ni untuk aku bawak ke uia nanti!!..yeah yeah yeah!!!...hehehe..

Well, itulah cerita childhood aku hingga lah ke adulthood aku yang dimana aku tak tahu bilakah kesudahannya akan tamat!!...kueng3!!.. Okay la abang-abang dan kakak-kakak sekalian, adik yana omel dah nak stop menaip ni..nak gi nggaaaaappp nyam nyam pulak!!!...taaataaaa!

Sekian, wassalam...



P/s: Jaga diri, Jaga hati, dan Jagalah iman anda!... I lOVE to be a MUSLIM!..:)

Thursday 3 January 2013

Istikharah Permulaan Cinta



Assalamualaikum semua..


Entry kali ni just nak sharing artikel yang aku bace dari harian islam.. So, alang-alang aku bace, nak la jugak share benda yang berfaedah kat korang... Well tajuk kali ni sangat-sangat la berguna untuk insan-insan yang dalam hati nye mula terbit rasa cinta, yang kononnya dalam hati ade taman gitu..ahakss! (aku tak tergolong lagi tau dlm golongan yang nak terbit menerbit cinta ni..hahaha)... Okay, bace leklok ye!!..


**********************************

Ramai yang selalu keliru dalam bercinta. “Siapa jodoh aku?” ” Biar betul dia calon pendamping aku?”.


Soalan-soalan demi soalan diajukan kepada diri sendiri tanpa ada jawapan yang tercipta.Cinta itu tidak perlu dipaksa kerana hati ini milik Allah.


Allah yang memegang hati ini,Allah yang memasukkan cinta dan menerbitkan cinta di hati ini jadi berhentilah memaksa seseorang mencintaimu tetapi mintalah dengan Allah agar dilabuhkan rasa cinta itu. ♥


Apa kata dari asyik biar diri dibelenggu persoalan,kita ubah sedikit. Tanya pula pada Allah tapi macam mana nak tanya pada Allah?


Itulah adanya solat istikharah. Sebenarnya solat istikharah ini bukan hanya untuk mencari jodoh sahaja. Apabila rasa keliru dalam menentukan siapa pasangan kita, kita digalakkan melaksanakan solat istikharah.


Solat istikharah bertujuan meminta petunjuk dari Allah pilihan yang paling baik kerana Allah Maha Mengetahui.


Tapi bila nak kerjakan solat istikharah ni? nak tahu ?

Sebenarnya solat istikharah ini boleh dilakukan berulang-ulang kali sehingga kita sudah dapat jawapannya.


Jawapan boleh datang dengan pelbagai cara seperti getaran hati dan mimpi. Waktu paling afdhal bagi mengerjakan solat istikharah ialah 2/3 malam. Sewaktu orang lain enak dibuai mimpi kita bangun mencari jawapan dari Illahi.


DOA SOLAT ISTIKHARAH




Solat istikharah sangat mudah dilakukan.

Dua rakaat sahaja. Rakaat pertama dialunkan surah al-Fatihah dan surah al-Kafirun manakala rakaat kedua diperdengarkan bacaan surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas.


Solat istikharah amat mudah dilaksanakan cuma perlu dilakukan secara istiqomah namun tidak ramai yang memilih untuk mengerjakannya.


Lebih ramai yang gemar ucap, “I love you” dan menunggu respon sahaja tanpa menyerahkan urusan jodoh pada Allah.

Note : Jadikanlah istikharah sebagai permulaan cinta anda dan diteruskan dengan bercinta selepas nikah... =)

Sekian, wassalam..


P/s: Jaga diri, Jaga hati, dan Jagalah iman anda!... I lOVE to be a MUSLIM!..:)